Guru hendaklah mengelakkan diri daripada melemparkan sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh menjatuhkan nama baik seseorang guru lain di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah rakan sejawat. Mereka tidak boleh melibatkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Pada masa yang sama, mereka perlu berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru-guru juga perlu sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Mereka hendaklah sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Seseorang guru dikehendaki menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Seminar Ibu Bapa
19 JULY 2008 Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau telah mengadakan Seminar Ibu Bapa . Seminar tersebut di anjurkan oleh pihak sekolah iaitu Unit Pemulihan. Penceramah jemputan dari Institut Perguruan Keningau En. Ismail Thani. Majlis ini dirasmikan oleh En. Matius Manang . Sebanyak tiga buah kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar tersebut di samping latihan dalam kumpulan ( LDK ).
Kursus Pra Akil Baligh
12/ 07/ 2008 Kursus Pra Akil Baligh melibatkan murid-murid tahun enam SK. Pekan Keningau telah diadakan di dewan sebaguna Sk. Pekan Keningau. Penceramah jemputan terdiri dari Pn. dari Klinik Kesihatan Ibu dan anak KKIA Keningau dan Ust. Mohd Saiful Izzuar A Razak Ceramah berkaitan dengan perkembangan murid-murid ke alam remaja dan panduan bagi murid-murid tentang bersuci dan tanggunjawab seorang muslim mukallaf. Penceramah Moral terdiri daripada En. Alfonsos dan Pn. Juriah Gabriel memperkatakan tentang nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan perlu dipatuhi.
Watikah Perlantikan Program Mentor Mentee
Khamis 3 Julai 2008 Program Mentor Mentee adalah merupakan salah satu lagi cabaran bagi meningkatkan lagi prestasi murid-murid SK. Pekan Keningau bagi mendapat sasaran 5A dalam peperiksaan UPSR. Mentee terdiri murid-murid tahun empat hingga enam.
Para Pentadbir Sekolah 2007 dan 2008
Pen Kanan 1 Pn Kamariah Hj Saidin dan PK Kokurikulum Pn Norita Arbi. Penolong2 Kanan SK Pekan Keningau yang baru, awal 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA SKPK 2023
PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA SKPK 2023 TARIKH: 1 DECEMBER 2023 JUMAAT MASA: 8.00 - 11.30 KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR ...
Thursday, 31 July 2008
Guru hendaklah mengelakkan diri daripada melemparkan sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh menjatuhkan nama baik seseorang guru lain di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah rakan sejawat. Mereka tidak boleh melibatkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Pada masa yang sama, mereka perlu berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru-guru juga perlu sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Mereka hendaklah sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Seseorang guru dikehendaki menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Friday, 25 July 2008
Saturday, 19 July 2008
Seminar Ibu Bapa
19 JULY 2008 Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau telah mengadakan Seminar Ibu Bapa . Seminar tersebut di anjurkan oleh pihak sekolah iaitu Unit Pemulihan. Penceramah jemputan dari Institut Perguruan Keningau En. Ismail Thani. Majlis ini dirasmikan oleh En. Matius Manang . Sebanyak tiga buah kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar tersebut di samping latihan dalam kumpulan ( LDK ).
Sunday, 13 July 2008
Kursus Pra Akil Baligh
12/ 07/ 2008 Kursus Pra Akil Baligh melibatkan murid-murid tahun enam SK. Pekan Keningau telah diadakan di dewan sebaguna Sk. Pekan Keningau. Penceramah jemputan terdiri dari Pn. dari Klinik Kesihatan Ibu dan anak KKIA Keningau dan Ust. Mohd Saiful Izzuar A Razak Ceramah berkaitan dengan perkembangan murid-murid ke alam remaja dan panduan bagi murid-murid tentang bersuci dan tanggunjawab seorang muslim mukallaf. Penceramah Moral terdiri daripada En. Alfonsos dan Pn. Juriah Gabriel memperkatakan tentang nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan perlu dipatuhi.
Tuesday, 8 July 2008
Watikah Perlantikan Program Mentor Mentee
Khamis 3 Julai 2008 Program Mentor Mentee adalah merupakan salah satu lagi cabaran bagi meningkatkan lagi prestasi murid-murid SK. Pekan Keningau bagi mendapat sasaran 5A dalam peperiksaan UPSR. Mentee terdiri murid-murid tahun empat hingga enam.
Tuesday, 1 July 2008
Para Pentadbir Sekolah 2007 dan 2008
Pen Kanan 1 Pn Kamariah Hj Saidin dan PK Kokurikulum Pn Norita Arbi. Penolong2 Kanan SK Pekan Keningau yang baru, awal 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Warna-warni kegembiraan kami dihari ini... ...
-
Lawatan singkat sambil belajar ke Kota Kinabalu disertai oleh murid-murid tahun enam SK. Pekan Keningau. Tujuan lawatan sambil belajar ialah...