.jpg)
Hari ini aktiviti kokuriklum berjalan macam biasa . Biasanya aktiviti sukan dimulakan pada pukul 7.30 pagi , aktiviti beruniform pada pukul 8.45 dan seterusnya aktiviti kelab. Kehadiran murid-murid amat memuaskan juga. Kumpulan pengakap 02 hari ini telah belajar tiga jenis ikatan iaitu ikatan pencuri, ikatan buku sila dan ikatan simpul manuk. Terkial-kial juga pemimpin pengakap hari ini lama dah tak buat demo ikatan. Perjumpaan diakhiri dengan permainan kecil dan nasihat kepada murid-murid agar menjaga keselamatan diri.