Hari Bertemu Pelanggan

17 November 2009

Sekolah mengadakan program hari bertemu dengan pelangan . Pertemuan ibubapa dengan guru-guru untuk mengetahui pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid. Murid sidang pagi dan petang datang bersama-sama dengan ibubapa dan pulang setelah menandatangani buku rekod .

Sukan Tahunan Kali Ke 27

06 - 07 November 2009

Sukan Tahunan Kali ke 27 untuk 2010 diadakan di Kompleks Sukan Keningau dan dirasmikan oleh En. Jerome Jolie wakil Pejabat Pelajaran Daerah Keningau. Turut menjayakan acara sukan tahunan ini ialah Pegawai Polis Diraja Malaysia Keningau selaku pengadil perbarisan rumah sukan dan unit beruniform.

Majlis Penyampaian Zakat

03/11/2009

Majlis penyampaian zakat telah berlangsung di dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau. Seramai seratus orang murid-murid telah terpilih menerima zakat . Ibubapa murid-murid turut serta hadir di dalam majlis yang serba ringkas itu. Walaubagaimanapun majlis tersebut telah berjaya mengagihkan wang zakat kepada murid-murid yang layak.

Kem Bina Juara

02/11/2009

Sepintas Lalu
Bahagian Pendidikan Islam , Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Kem Bina Juara eringkat daerah seluruh negeri sejak bulan ogos hingga oktober 2008 . Kem ini dilaksanakan bagi mengasah dan mengembangkan bakat serta potensi murid-murid tahap dua yang terlibat dengan program J-Qaf yang telah menguasai bacaan al Quran, Jawi dan Bahasa Arab. Ia merupkan latihan kemahiran tambahan kepada murid-murid cemerlang dalam bidang-bidang tersebut dengan menggunakan modul tertentu bagi melahirkan murid-murid yang mahir membaca al Quran secara bertaranum, penulisan khat dan pengucapan bahasa Arab.

Objektif

Memberi peluang kepada murid memperkembangkan bakat dalam jawi , al Quran dan Bahasa Arab

Melahirkan murid-murid yang berpotensi dalam penulisan seni Khat, tilawah al Quran , hafazan ayat dan perbualan bahasa Arab

Mewujudkan persaiangan yang sihat di kalangan murid.

Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan berketrampilan tinggi.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Ayahanda Tn Hj. Moktar Zainuddin serta fasilitator Ust Kamal Daud , Tn Hj Haziq Abd Rahman , Ust Muen , Ust Mohd Saiful Izzuar ,Ust Safari Naim, Ust Nazaini Nasiman . Juga tidak dilupakan fasilitator Akhawat yang tak ingat nama mereka .

PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA SKPK 2023

 PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA SKPK 2023 TARIKH: 1 DECEMBER 2023 JUMAAT MASA: 8.00 - 11.30 KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR ...

Monday, 16 November 2009

Hari Bertemu Pelanggan

17 November 2009

Sekolah mengadakan program hari bertemu dengan pelangan . Pertemuan ibubapa dengan guru-guru untuk mengetahui pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid. Murid sidang pagi dan petang datang bersama-sama dengan ibubapa dan pulang setelah menandatangani buku rekod .

Friday, 6 November 2009

Sukan Tahunan Kali Ke 27

06 - 07 November 2009

Sukan Tahunan Kali ke 27 untuk 2010 diadakan di Kompleks Sukan Keningau dan dirasmikan oleh En. Jerome Jolie wakil Pejabat Pelajaran Daerah Keningau. Turut menjayakan acara sukan tahunan ini ialah Pegawai Polis Diraja Malaysia Keningau selaku pengadil perbarisan rumah sukan dan unit beruniform.

Tuesday, 3 November 2009

Majlis Penyampaian Zakat

03/11/2009

Majlis penyampaian zakat telah berlangsung di dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau. Seramai seratus orang murid-murid telah terpilih menerima zakat . Ibubapa murid-murid turut serta hadir di dalam majlis yang serba ringkas itu. Walaubagaimanapun majlis tersebut telah berjaya mengagihkan wang zakat kepada murid-murid yang layak.

Sunday, 1 November 2009