PROGRAM MOTIVASI & KLINIK UPSR 2009

Murid-murid tahun enam hari ini menghadiri Program Motivasi & Klinik UPSR 2009 . Seramai 176 orang murid menghadiri program tersebut. Antara penceramah yang dijemput ialah Pn. Justina Gukur ( Bahasa Inggeris ), Pn. Rosmenam Hj. Pungot ( Motivator ), Pn Maslinah Kassan ( Bahasa Malaysia ) , En Cornelius Francis , En. Muhazar Ikhsham Mahat ( Sains ) . Program bermula dari pukul 7.30 pagi dan berakhir 4.30 petang. Semoga murid-murid tahun enam mendapat input yang baru dan dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan tinggal 43 hari lagi.Semoga berjaya. Syabas kepada semua yang terlibat..

Aktiviti Ko Kurikulum

Hari ini aktiviti kokuriklum berjalan macam biasa . Biasanya aktiviti sukan dimulakan pada pukul 7.30 pagi , aktiviti beruniform pada pukul 8.45 dan seterusnya aktiviti kelab. Kehadiran murid-murid amat memuaskan juga. Kumpulan pengakap 02 hari ini telah belajar tiga jenis ikatan iaitu ikatan pencuri, ikatan buku sila dan ikatan simpul manuk. Terkial-kial juga pemimpin pengakap hari ini lama dah tak buat demo ikatan. Perjumpaan diakhiri dengan permainan kecil dan nasihat kepada murid-murid agar menjaga keselamatan diri.

Perkhemahan Pek Bercuti Pengakap Daerah Keningau 2009

taklimat sebelum buka tapak..

Susunan 2 orang dalam 1 khemah

Peraturan dan amaran di baca agar peserta tidak terkapai-kapai..

Aktiviti 'Sayang Si Buta'

Aktiviti Pagi

Seramai 36 orang ahli Pengakap SK Pekan Keningau telah menyertai Perkhemahan Pek Bercuti Pengakap Daerah Keningau bertempat di SRJKC Yuk Yin Keningau pada 03 - 05 Julai 2009. Di samping itu juga berlangsung acara pelancaran Program Sihat Minda dirasmikan Oleh Datuk Ag Zaini Hj. Suntim Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah. Semasa program berjalan hujan turun renyai-renyai maka, bertambahlah cabaran kepada peserta. Sekalung Tahniah kepada peserta yang terlibat dalam malam kebudayaan yang telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan malam kebudayaan. Sekalung Tahniah juga kepada Pemimpin Pengakap SK Pekan Keningau atas sumbangan dan komitmen yang padu.

Hari Guru SK Pekan Keningau

PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA SKPK 2023

 PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA SKPK 2023 TARIKH: 1 DECEMBER 2023 JUMAAT MASA: 8.00 - 11.30 KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR ...

Monday 27 July 2009

PROGRAM MOTIVASI & KLINIK UPSR 2009

Murid-murid tahun enam hari ini menghadiri Program Motivasi & Klinik UPSR 2009 . Seramai 176 orang murid menghadiri program tersebut. Antara penceramah yang dijemput ialah Pn. Justina Gukur ( Bahasa Inggeris ), Pn. Rosmenam Hj. Pungot ( Motivator ), Pn Maslinah Kassan ( Bahasa Malaysia ) , En Cornelius Francis , En. Muhazar Ikhsham Mahat ( Sains ) . Program bermula dari pukul 7.30 pagi dan berakhir 4.30 petang. Semoga murid-murid tahun enam mendapat input yang baru dan dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan tinggal 43 hari lagi.Semoga berjaya. Syabas kepada semua yang terlibat..

Saturday 25 July 2009

Aktiviti Ko Kurikulum

Hari ini aktiviti kokuriklum berjalan macam biasa . Biasanya aktiviti sukan dimulakan pada pukul 7.30 pagi , aktiviti beruniform pada pukul 8.45 dan seterusnya aktiviti kelab. Kehadiran murid-murid amat memuaskan juga. Kumpulan pengakap 02 hari ini telah belajar tiga jenis ikatan iaitu ikatan pencuri, ikatan buku sila dan ikatan simpul manuk. Terkial-kial juga pemimpin pengakap hari ini lama dah tak buat demo ikatan. Perjumpaan diakhiri dengan permainan kecil dan nasihat kepada murid-murid agar menjaga keselamatan diri.

Sunday 5 July 2009